kau terus bawa ku pergi
hanyut dibuai angin suci
kau kucup wajah persis bidadari
seperti kau kekasihku abadi
terleka aku seketika
dihias senyum dan tawa suka
namun hati tetap berkata
salah ku angkara sengketa
malam nan kelam ditutup awan hitam
kucupan mesra pengikat semalam
jika kau pulang aku bersalam
tanda kasih ku padamu sang malam
seperti biasa. tiada yang rahsia. aku hanya sampaikan kepada manusia2 yang terbaca.
tak perlu risau kerana aku tekad.
No comments:
Post a Comment