Monday, October 18, 2010

mungkin kali ini penulisan ku ke arah yang memerlukan jawapan manusia sekalian. situasi ini barangkali bukan untukku, tapi mungkin terjadi kepada kamu..

situasi pertama

lelaki: i promise i belanja u keyh
perempuan: tak payah susah2 laaa..
lelaki: tapi i nak belanja u jugak!
perempuan: hmm..depends on u lah..

*si lelaki menyatakan hasratnya dan si perempuan mula berasa dirinya seseorang yang penting bagi si lelaki..

situasi kedua

lelaki tidak pernah langsung berbicara mengenai hubungan yang terjalin..
 mungkin bagi mereka hubungan itu tidak perlu dikhabarkan.
*tau tau sendiri la konon*
disebabkan inilah,
si perempuan tersalah anggap.
tapi bila ditanya, si lelaki tidak pula menafikannya!

situasi ketiga

si lelaki mula menggunakan ayat ayat yang lebih pantas untuk pasangan kekasih.
motif? hmm...


situasi keempat

si lelaki sepertinya tidak mempunyai kekasih..berlagak seperti keseorangan..seperti seseorang yang memerlukan teman..seperti..*harap maklum*
si lelaki juga tidak gemar berbicara mengenai perempuan yang baginya tidak sepenting perempuan yang berada dihadapannya sekarang..

situasi kelima

si perempuan mula menanyakan kenapa si lelaki melayannya sedemikian rupa..
jawapannya mudah
' i think i fall in love with u'
dan si perempuan hanya tersenyum malu..



macamtula keadaannya bila si lelaki tidak mahu berterus terang dengan si perempuan. kamu tahu kan yang perempuan ni mudah perasan..

' kenapa kau layan aku macam aku ni kekasih kau sedangkan kau punya kekasih'

rasanya ayat tu je yang layak ditanya pada golongan yang bernama lelaki.
jadi, kamu..kamu..kamu dan kamu..harap maklum ya!


No comments:

Post a Comment