Wednesday, June 29, 2011

setiapnya kerana gadis



hari yang ketiga
hilang segala rasa
segala jiwa
segalanya
duduk bersimpuh inginkan Dia
padamkan semua kisah terseksa


gadis ini kian sukar
gadis ini kepenatan
gadis ini hilang tumpuan
gadis ini tewas
dan gadis ini terus dipersalahkan


shaqeena rahman:
---------------------
dibilangnya,
waktu ini sukar
keterlaluan
bergenang air mata
lalu dihapuskan cuma disembunyikan


fyy sulaiman:
--------------------
sialan
siapa mereka punya kuasa sebegitu
luhur hati si gadis ini tiada yang lihat
kesilapan, itu hakikat
seperti aku yang punya rasa sama


shaqeena rahman:
--------------------
terus meluah kekesalan
tiada carutan
semua omongannya benar
dia mula beri satu soalan
' kenapa dengan hari ini '


fyy sulaiman:
---------------------
itu bukan tugasmu
mereka ada rasa berbeza
senyuman yang dipamerkan belum tentu ikhlas untukmu
bersabar
bilang pada diri 
rasa kita sama
perlakuanku salah serba serbi
dilihatnya masih mentah
masih kecil
keliru pada diri
mana Tuhan saat ini


shaqeena rahman:
--------------------
harapnya hilang semua rasa
yakin
hari seterusnya


fyy sulaiman:
-------------------
perlu gagah tapi tidak mampu segagah itu
perlu tabah tapi lemah angkara layanan itu
akhirnya jatuh
berdiam


fyy sulaiman, shaqeena rahman dua manusia cuba memujuk hati yang sudah penat berdiri.



No comments:

Post a Comment