Jika sekarang aku berfikir guna nafsu
aku mahu kau jadi makanan lewat malamku
aku mahu kau rangkul tubuh sejuk beku
hembus haba racun setiap adanya aku
bilang pada malam mohon dia cemburu
tutup segala luka dalam kamar beradu
Jika sekarang aku berfikir guna nafsu
pasang neon malap berbaring membisu
sembunyi tepat dalam kelambu
tanam mikro padam semua tugasmu
kasihkan aku yang lama menunggu
terbang dalam mimpi
buai dalam sepi
salahkan aku yang lemah berdiri
jika sekarang aku berfikir guna nafsu
mohon kau hadir dihadapanku.
the one and only my strongest honeybaby! keep strong my dear. hoping a miracle for us. xoxo.
ReplyDeletekita lahir feminin. nak jadi org kuat kuat mcm susah. but i've too.
ReplyDelete